Apabila menyedarinya,aku berasa sangat cemas dan cuba menenangkan perasaanku sendiri.Apatah lagi aku dikelilingi oleh orang-orang yang aku tidak kenali.Dalam kesesakan orang ramai itu,aku pergi dari sebuah gerai ke sebuah gerai untuk mencari mereka.Namun hampa.
Aku tidak cepat berputus asa,lalu aku pergi ke kaunter pertanyaan.Aku menceritakan keadaan diriku kepada pengawai yang bertugas.Kemudian,pengawai itu membuat pengumuman.Hampir satu jam aku menunggu di situ,namun tiada seorang puu ahli keluargaku yang datang menjemputku.
Tiba-tiba aku teringat akan telefon bimbit ayahku.Tetapi aku terlupa pula nombornya.Aku berasa sangat sedih dan tidak dapat menahan perasaanku.Aku menagis.Aku semakin bimbang akan diriku .Aku berfikir-fikir untuk pergi ke tempat letak kereta dan menunggu mereka di sana,tetapi takut.
Oleh sebab itu,aku mengambil keputusan untuk terus menuggu di kaunter pertanyaan itu.Tiba-tiba aku tepandang kelibat seseorang yang aku kenali.Aku menjerit kegembiraan apabila melihat ibuku.Aku terus memeluknya sambil menangis teresak-esak
Ayah mengingati aku agar tidak leka lagi.Aku berjanji akan mematuhi nasihat mereka.Aku berasa sangat bersyukur kerana dapat bertemu semula dengan keluargaku.
No comments:
Post a Comment