Sunday, January 30, 2011

Terpisah dari keluarga

    Semasa cuti sekolah yang lalu,aku dan keluarga pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.Suasananya penuh sesak dengan orang ramai.Semasa di sana,aku begitu asyik melihat pelbagai pameran sehingga aku terpisah daripada keluargaku

   Apabila menyedarinya,aku berasa sangat cemas dan cuba menenangkan perasaanku sendiri.Apatah lagi aku dikelilingi oleh orang-orang yang aku tidak kenali.Dalam kesesakan orang ramai itu,aku pergi dari sebuah gerai ke sebuah gerai untuk mencari mereka.Namun hampa.

   Aku tidak cepat berputus asa,lalu aku pergi ke kaunter pertanyaan.Aku menceritakan keadaan diriku kepada pengawai yang bertugas.Kemudian,pengawai itu membuat pengumuman.Hampir satu jam aku menunggu di situ,namun tiada seorang puu ahli keluargaku yang datang menjemputku.

  Tiba-tiba aku teringat akan telefon bimbit ayahku.Tetapi aku terlupa pula nombornya.Aku berasa sangat sedih dan tidak dapat menahan perasaanku.Aku menagis.Aku semakin bimbang akan diriku .Aku berfikir-fikir untuk pergi ke tempat letak kereta dan menunggu mereka di sana,tetapi takut.

  Oleh sebab itu,aku mengambil keputusan untuk terus menuggu di kaunter pertanyaan itu.Tiba-tiba aku tepandang kelibat seseorang yang aku kenali.Aku menjerit kegembiraan apabila melihat ibuku.Aku terus memeluknya sambil menangis teresak-esak
  Ayah mengingati aku agar tidak leka lagi.Aku berjanji akan mematuhi nasihat mereka.Aku berasa sangat bersyukur kerana dapat bertemu semula dengan keluargaku.
Rasulullah SAW bersabda:
"ketika seorang hamba sakit, Allah mengutus dua Malaikat kepadanya, seraya berkata. "lihatlah kalian apa kata hamba-Ku." jika dia berkata 'Alhamdulillah', maka diberitahukan kepada Allah, Dia lebih tahu, lalu berkata, "Aku berjanji untuk hamba-Ku. Jika Aku mematikannya, kemasukkan dia ke Syurga. dan jika Aku menyembuhnya, Ku ganti dia daging yang lebih baik daripada dagingnya serta darah yang lebih baik daripada darahnya. dan Aku hapuskan pula keburukannya."

Fikirlah sendiri...

asyik fikirkan duit boleh sakit..
asyik fikirkan harta boleh gila...
asyik fikirkan cinta boleh derita...
asyik fikirkan hidup boleh lingkup...
asyik fikirkan maksiat boleh terlaknat...
asyik fikirkan dunia, selama mana?
asyik fikirkan akhirat, insyaAllah selamat........

Friday, January 21, 2011

tapi apa...

hari aku terasa seperti ingin berbuat sesuatu....tapi rasanya....

Wednesday, January 19, 2011

LAWAK SANTAI: kentut dalam kelas....oppppsss

Ajoi seorang murid yang agak nakal. Satu hari dia kentut dengan bunyi yang sangat kuat dengan bau yang hampeh menyengat segera menyebar di dalam kelas. Mana taknya pagi tu dia sarapan telur rebus 2 biji.Baik punya!

Spontan saja Cikgu Amira menyuruh dia keluar kelas sambil memarahinya, tapi Ajoi ketawa terbahak-bahak nyaris berguling-guling. Guru Besar yang berdekatan kelas 6 Raya (kelas si Ajoi ni) terdengar suara Ajai ketawa berdekah-dekah tu, lalu keluar menyiasat apa yang berlaku.

Guru Besar: Ada apa ni Ajoi? kamu tertawa terbahak-bahak di luar kelas??

Ajoi: Lihatlah Cikgu, kesian kawan-kawan saya tu. Mereka sedang menikmati bau kentutku di dalam kelas. Nasib baik Cikgu Amira tu bijak dan menyuruh saya keluar kelas dengan udara yang lebih segar.
s

LAWAK SANTAI

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane
kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak
ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba-tiba datangla sebuah kereta evo
7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?" tanya pemuda
berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple
aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan
press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia
dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak. Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat
bawah jambatan.

Vrooommm......bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie... 

Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman
kereta-kereta yg laju nie...

"Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah
ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye.........sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!'






Cerita Lawak - Tatacara Jawab Telefon Paling Kerek

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).
.
.
. 1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
. Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
.
. 2. Soalan: haloo, siapa disana?
. Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
.
. 3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
. Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
.
. 4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
. Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
.
. 5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
. Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
.
. 7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
. Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.
.
. 8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
. Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
.
. 9. Soalan: halloo... ...
. Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?
.
. 10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
. Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
.
. 11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
. Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.
.
. 12. Soalan: assalammualaikum...
. Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
. jawab)





Cerita Lawak - Selamat Pagi Cikgu

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)






Cerita Lawak - Kerja Bila Besar Nanti

Ibu: Siti, kamu nak jadi apa bila dah besar Nanti?

Siti: Siti nak keja goyang kaki dapat duitt..

Ibu: Panggg!!! Berani kamu loyar buruk dengan ibu ye! Kamu ingat kaki kamu mesin keluar DUIT!!!

Siti: UuWaaa!!! Ape ibu nie? Saya nak menjahit aje bila dah besar nanti.. kan guna mesin jahit pakai kaki??

Ibu: Haaa.. ye tak iyer jugakk..

AKU SEEKOR LALAT

Prolog.

Tiba-tiba seekor lalat terbang dan masuk ke dalam buih Nescafe tarik aku.
Menggelupur buat seketika sebelum terus senyap. Tak bergerak. Mungkin sudah berakhirnya kehidupan seekor lalat.

'Kakkk...masuk lalat lah, tolong buat yang lain ya...' kata aku 'Maaflah dik, kakak buat yang lain ya.' Kata kakak itu.

...dan aku meneruskan kehidupan seperti biasa. 

Nama aku Mat. Nama betul aku tak payahlah
korang tahu, cukuplah kalian
mengenali aku sebagai Mat sahaja sepertimana
kebanyakan rakyat Malaysia ini.
Biasalah kan, korang pun selalu dengar 'mamat tu
kurang ajar
betul..tiba-tibanya masuk ke depan kereta aku,
dah lah tak bagi signal...'
atau 'hari tu tayar kereta aku pancit tepi highway,
nasib baik
ada Mamat sorang tu berhenti tolong, kalau tidak
tak tahulah aku...' atau '
Ngko ingat
aku tak kenal mamat tu hah? Kalau aku nampak
ngko dengan dia lagi, aku bagi
kat situ jugak..'. Nama Mamat dah menjadi
sinonim dengan kehidupan
kaliansehari-hari.

Aku ? Aku adalah seekor lalat dari spesis Musca
Domestica atau Lalat Rumah
dari keluarga Diptera iaitu serangga yang
mempunyai dua sayap. Aku adalah
antara 1.5 juta spesis lalat yang berterbangan di
seluruh dunia. Aku berusia
8 hari dan pada usia sebegini aku sudah menjadi
dewasa. Aku sudah
menghabiskan sekolah rendah dalam masa 2
hari, sekolah menengah dalam masa 2
hari dan melanjutkan pelajaran peringkat ijazah
dalam masa 3 hari. Kelmarin
aku baru dianugerahkan dengan Ijazah Sarjana
Muda Makanan dan Sampah
Sarap.Tak ada konvokesyen macam Mat Jan,
cuma ambil ijazah di tepi tong
sampah sahaja.

Malam tadi, semasa aku berterbangan mencari
sesedut makanan, aku singgah
sebentar di lorong belakang sebuah bangunan.
Aku nampak seorang perempuan
yang cantik. Bergaya dan seksi sekali. Aku
singgah sebentar
di atas bahunya sebab aku nak survey kalau ada
sisa-sisa makanan yang ada
sekitar kawasan
itu. Malangnya aku dihalau dengan libasan
tangannya sambil mulutnya memaki
hamun aku. 'Celaka punya Lalat..!' kata dia. Aku
dihina sebegitu rupa
seolah-olah aku adalah seekor binatang. Aku
bukan binatang, aku adalah
serangga. Walau aku dituduh sebagai pembawa
penyakit dan virus yang
merbahaya bersama-sama Sang Nyamuk,
sekurang-kurangnya aku lebih baik dari
dia.

Seberapa ketika kemudian aku melihat dia
dipimpin oleh seorang lelaki masuk
ke dalam bilik belakang bangunan. Sekotor-kotor
aku, engkau lebihkotor,
lebih celaka !.
Aku meninggalkan kawasan kotor itu dengan
maki hamun di dalam hati. Aku
terbang lagi dan aku mengembara di atas bumi
Tuhan ini. Aku sekadar
ingin mencari rezeki dari rezeki yang kamu buang
dan kamu humban di dalam
tong sampah. Hinakah aku?. Rezeki yang Tuhan
bagi kepada kamu, kamu bazirkan
dan kamu berikan pada aku.Siapa yang lebih
hina? Aku tak pernah sia-siakan
sisa-sisa rezeki kamu. Kalau banyak, aku panggil
kawan-kawan aku. Kami
berkenduri di situ. Sekurang-kurangnya aku
menyapu-nyapu tanganku sebelum
menjamah makananmu tidak seperti kebanyakan
kalian yang langsung tidak
membasuh tangan.
Apabila hari dah pagi, aku terbang melata lagi.
Itulah kerja aku dan itulah
kehidupan aku. Aku singgah sebentar di satu tong
sampah belakang sebuah
rumah.Deria rasaku pada kaki-kakiku
memberitahu sesuatu. Ada banyak makanan.
Ada yang masih elok untuk di makan oleh kalian.
Sudah rezeki aku.

Sambil makan, aku melihat pada sehelai surat
khabar. Aku membacanya sebaris
dua dengan mata yang kabur sebab aku
mempunyai mata kumpuan yang mampu
menyedarkan aku pada setiap kilas pergerakan.
(aku pandai membaca ketika usia
aku satu hari di sekolah rendah jenis kebangsaan
lalat). Isi beritanya
memualkan aku. Berita dari prosiding Mahkamah,
berita rogol, bunuh,
culik,rasuah dan sebagainya. Selera makan aku
terpadam. Dalam
masyarakat aku tak ada berita-berita itu semua.
Apa yang biasa aku dengar
dalam masyarakat aku
hanya berita kematian lalat yang ditampar dengan
sadisnya oleh
manusia,kematian lalat yang disembur dengan
Ridsect atau Sheltox,kematian
lalat akibat sakit tua atau kematian lalat akibat
terkena renjatan elektrik
pada
perangkap ultra violet. Berita-berita yang
memualkan itu menyebabkan aku
segera meninggalkan tempat itu. Aku sudah tiada
selera untuk makan. Kalian
memang memualkan aku.
Sehina-hina masyarakat aku, masyarakat kalian
lebih hina sebenarnya.

Sambil terbang, aku terfikir. Kenapa aku dituduh
dengan bermacam-macam
tomahan? Aku tidak pernah berak atas badan
kalian tapi kenapa titik-titik
hitam ciptaan Tuhan itu dikatakan sebagai tahi
aku?.
Ironinya, bila tahi aku berada di penjuru bibir
kalian, itu dikatakan manis?
Kenapa bila kalian
pening-pening dikatakan sebagai pening-pening
aku? Kenapa aku dijadikan
perumpamaan seperti lalat langau mengerumuni
bangkai? Sedangkan tahi aku dan
kitaran hidup aku pada bangkai itu menjadi
maklumat penting kepada
Pathologist untuk menganggarkan usia kematian
kalian.

Kenapa ada juga perumpamaan 'lalat terbang
dipipiskan lada' ?. Eh, itu
burung, ngko jangan
nak tipu aku. Aku Bahasa Malaysia dapat 'A' tau.
Begitulah buruk dan hodohnya aku pada mata
kalian.
Kadang-kadang aku pun ingin menjadi seperti
burung. Terbang tinggi menyapu
awan tapi aku tetap bersyukur dengan anugerah
Tuhan. Dengan sayap-sayap ini
aku belajar erti kehidupan kalian. Walau aku
cuma mampu hidup selama 40 hari
dan sekiranya aku melangkaui 40 hari
kemungkinan aku mampu hidup sehingga ke
100 hari. Itu hakikat kehidupan aku yang mungkin
kalian
tidak tahu. Aku hanya mampu berdoa agar aku
mampu hidup sehingga 100 hari
dan aku cuba menghindari kawasan-kawasan
berisiko tinggi. Tidak seperti
kalian yang mencari mati di atas jalan-jalan raya
dengan motosikal-motosikal
dan
kereta-kereta turbo bagaikan pelesit. Peliknya,
aku masih dipandang hina dan
bodoh.

Matahari semakin tinggi dan cuaca menjadi
semakin panas. Aku perlu mencari
tempat yang nyaman untuk aku tenangkan fikiran.
Bukan tempat yang terlalu
sejuk dan membeku kerana di tempat sebegitu,
aku mampu pengsan selama
berpuluh-puluh hari dan aku hanya akan sedar
sekiranya aku dipanaskan balik
dengan sedikit haba. Aku terjumpa sebuah
tempat yang berhawa dingin, sebuah
pejabat yang cantik. Aku masuk dengan
menumpang seseorang yang membuka
pintu. Aku terbang dengan ceria sebab tubuhku
menjadi sedikit dingin terkena
hembusan pendingin hawa. Aku terpandang
sebuah komputer yang
terbuka dan seseorang sedang mangadapnya
dengan penuh konsentrasi. Aku
singgah sebentar di atas kerusinya. Dia tidak
menyedarinya. Terlalu
asyik dia. Aku cuba membaca apa yang terpapar
pada skrin komputer.

'Ah !, sebuah
Blog dengan nama Life Is A Fairytale...terdapat
sebuah catatan tentang
seekor lalat, apa ke jadahnya dia membaca
cerita pasal lalat? Tak ada
kerja ke dia? Boss dia tahu atau tidak yang dia
sedang berpura-pura
berkerja? Apa dia tak sedar yang majikannya
membayar gaji dia untuk membuat
kerja dan bukannya membaca sebuah cerita
tentang entah apa-apa..' bisik hati
kecil aku.

Manusia, manusia...
Lalu aku terbang meninggalkan dia yang masih
lagi membaca catatan tentang
seekor lalat. Mungkin dia ingin tahu tentang
ending cerita lalat.
Menarik sangat kah cerita seekor lalat?.
Entahlah....
...dan aku masih dianggap kotor, jijik dan hodoh. 

Epilog.

Lalat itu meninggal di dalam buih-buih air
Nescafe tarik aku pada usia 10
hari. Dia tidak sempat menatap terbitnya fajar ke
100 harinya. Mungkin itu
sudah ketentuannya. Kalau dia hidup sehingga
100 hari mungkin dia sudah
menjadi presiden lalat-lalat dan dengan daya
fikirnya yang tinggi, dia
mungkin mampu mengumpulkan lalat-lalat seluruh
dunia dan menyerang manusia.

He he he. Jangan marah lalat.
(kajian menunjukkan bahawa 80 peratus manusia
yang membaca cerita ini akan
memandang ke belakang kerusinya dan mencari
kot-kot ada lalat...)



LAWAK SANTAI : SALAH TULIS NAMA

Ini cerita yang berlaku beberapa tahun lepas. Dua sahabat, Dol dan
Man sedang pulang dari dari kerja pada pukul 2 pagi. Tayar motor
pancit pula di pertengahan jalan. Jadi, terpaksalah mereka sorong.
Sampai di satu simpang, Dol dan Man mengambil jalan pintas.
Mereka berdua sudah tahu bahawa dengan melalui jalan pintas, mereka akan menempun sebuah perkuburan cinta. Seram juga dua orang jejaka ini tetapi sengaja sembunyikan ketakutan sambil membuat lawak.
Tiba-tiba terdengar bunyi ketukan pada batu. Bulu roma Dol dan Man
mula menegak.
Kemudian nampaklah bayang-bayang orang sedang mengetuk sesuatu di sebuah kubur.
Rupa-rupanya seorang Cina tua sedang memahat batu kubur.
"Aiya apek, lu apa bikin kerja malam-malam? Bikin orang takut saja.
Esok siang buat la," kata si Dol marah.
"Aiya, itu bodo punya olang aaa, gua punya nama pun talak betul
tulis," kata apek tersebut.


KISAH SERAM....

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”,”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

” Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

“Pakai aje le Breeze colour baru!!!”

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..




LAWAK SANTAI

1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ."
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI... ..

2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi... memang sah GILA!

3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran... "
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh...
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!

4. "Cinta..ibarat kentut... "
makin dipendam makin gelisah...
bila di lepaskan ... ... .
ahhhhhhh lega rasanya... ... .

5.Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"

6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, "
maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!






KOLEKSI KISAH LUCU..

Tidak akan di hukum

Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum
dibuatnya ?
Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan
yang telah dilakukannya.
Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.
Add caption

Lawak 1 Malaysia:Lemah Bahasa Inggeris

Ayah:Apasal Bahasa Inggeris kamu nie asyik dapat kosong jer.......!Apasal hah?

Anak:Eh,ayah!Tu bukan kosong.Tadi cikgu adik kasi bintang banyak kat bebudak lain.Ada dapat 5 bintang la,4 bintang la.Bila turn adik jer,bintang dah habis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan

Tuesday, January 18, 2011

MUNAJAT


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim, masukkanlah kami ke dalam surga bersama Rasulullah -Shallallaahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam, bersama para Nabi, shiddiiqiin, syuhada’ dan shalihiin…

Ya Allah, tulislah itu semua untuk kami, kedua orang tua kami dan semua kamum muslimin….

Ya Allah, kami berlindung kepadaMu dari adzab neraka jahannam…Dari adzab kubur…Dari fitnah kehidupan dan kematian… Dan dari fitnah al-masih Dajjal…

Ya Allah…Wahai Yang Maha Pemaaf… Wahai Yang Maha Pengampun… Wahai Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…Wahai Yang Maha Menerima Taubat…Sungguh ampunanMu lebih luas dari dosa-dosa kami dan rahmat kasih sayangMu lebih kami harapkan daripada amal perbuatan kami…Engkau Maha Pemaaf, suka memaafkan, maafkanlah kami…

Ya Allah, kami memohon kepadaMu semua kebaikan yang datang secara tiba-tiba, yang perbendaharaannya ada di TanganMu, yang cepat dan yang lambat yang kami ketahui dan yang tidak kami ketahui, yang telah dimohon oleh hamba dan NabiMu Muhammad -Shallallaahu ‘Alaihi Wa ‘Ala Alihi Wa Sallam dan hamba-hambaMu yang shalih…


Ya Allah, bersihkanlah hati kami dari kemunafikan… Bersihkanlah amal kami dari riya’… Bersihkanlah lisan kami dari berdusta dan ghibah…Bersihkanlah mata kami dari berkhianat…Sesungguhnya Engkau mengetahui mata-mata yang berkhianat dan segala yang tersembunyi dalam dada….

Ya Allah, kami memohon kepadaMu husnul khotimah dan kami berlindung kepadaMu dari suu’ul khotimah…

Ya Rabb kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia, kebaikan di akhirat dan selamatkanlah kami dari adzab neraka…

Shalawat dan salam semoga selalu tercurah kepada Rasulullah, keluarga, para sahabat dan pengikut mereka yang setia sampai hari kiamat dan segala puji hanya bagi Allah.



MUJAHID KECIL

ERTI PERSAHABATAN

Dalam dunia ini,  Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri...


Tetapi dalam kita bersendiri,   Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,  begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.  Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan  tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?  Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.  Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.  Bagi kita,  Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti..  Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita.  Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?

Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita  memerlukan dia.Dia mendengar luahan perasaan kita,  segala rasa kecewa dan ketakutan,  harapan dan impian kita luahkan,  Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.  Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga  ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,  rasa takutnya?Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat  setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.   Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,   Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,  sedih dan kecewa.  Dia juga ada kelemahan dan  Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.

Jadilah kita kawannya itu.  Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah  yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu,   mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,  disebalik kesenangannya,  mungkin tersimpan seribu kekalutan,  kita tidak tahu..   tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,  mungkin kita akan tahu.



MUFLIS YANG SEBENAR

MUFLIS YANG SEBENAR!
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أَتَدْرُونَ مَا الْمُفْلِسُ؟ قَالُوا: الْمُفْلِسُ فِينَا مَنْ لَا دِرْهَمَ لَهُ وَلَا مَتَاعَ. فَقَالَ: إِنَّ الْمُفْلِسَ مِنْ أُمَّتِي يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِصَلَاةٍ وَصِيَامٍ وَزَكَاةٍ وَيَأْتِي قَدْ شَتَمَ هَذَا وَقَذَفَ هَذَا وَأَكَلَ مَالَ هَذَا وَسَفَكَ دَمَ هَذَا وَضَرَبَ هَذَا فَيُعْطَى هَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ وَهَذَا مِنْ حَسَنَاتِهِ فَإِنْ فَنِيَتْ حَسَنَاتُهُ قَبْلَ أَنْ يُقْضَى مَا عَلَيْهِ أُخِذَ مِنْ خَطَايَاهُمْ فَطُرِحَتْ عَلَيْهِ ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّارِ-مسلم
Daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Tahukah kamu siapa orang yang muflis? Para sahabat menjawab: Orang yang muflis pada kami sesiapa yang tidak mempunyai dirham dan perhiasan. Maka Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku sesiapa yang datang pada hari Qiamat dengan membawa amalan solat, puasa dan zakat dan dia pernah memaki orang begitu begini, menuduh orang berzina begitu begini, dia pernah memakan harta orang lain, menumpahkan darah dan memukul orang lain. Maka diberikan kepada mereka pahala-pahalanya dan mereka mengambil daripadanya pahala-pahala itu. Maka habislah pahala-pahalanya sebelum selesai tuntutan ke atasnya. Diambil dosa-dosa orang yang menuntut itu dan diletakkan di atas bahunya lalu dihempas ke pintu neraka. – [ Riwayat Muslim ]

KEHEBATAN SURAH YASSIN

 Surah Yassin adalah the heart of AL- Quran : Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang ( Setiap ayat didalam surah ini mengandungi hikmah, doa dan kekuatan tak terhingga jikalau diamalkan )

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah, memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.- Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allahs.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang- pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45- 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tibaTiupan ke-dua - HancurTiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang danurut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"- Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah. Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) dan berdoa apa sahaja hajat