Tuesday, February 8, 2011

Majlis Persaraan Guru Besar Sekolah Saya

     Hari itu merupakan hari yang paling menyedihkan kerana Guru Besar di sekolah saya iaitu,Puan Zakinah binti Ismail akan bersara.Beliau telah banyak berjasa dalam memajukan sekolah.Beliau juga sangat dihormati oleh masyarakat setempat.

    Majlis Persaraan beliau telah dihadiri oleh semua guru Desa Tasik.Tuan Pengawai Pelajaran Daerah juga turut  meraikannya.Para jemputan ditempatkan di dataran yang berada di perkarangan sekolah.Selain itu,majlis tersebut turut dihadiri Jawatankuasa PIBG,dan ibu bapa murid.

     Tepat jam 9.00 pagi,ketibaan Guru Besar disambut dengan meriah.Semua guru mengiringi beliau ke dataran.Kemudian,beliau memeriksa pembarisan kehormat yang terdiri daripada Murid Tahap Dua yang lengkap berpakaian seragam unit beruniform. Beliau diringi oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

     Kemudian,beliau dan semua jemputan menjamu selera dengan juadah yang disediakan.Sambil menjamu selera mereka dihiburkan dengan persembahan murid-murid sekolah yang berbakat.Juadah pada hari itu adalah nasi minyak,ayam masak merah,gulai daging dan acar timun.Murid-murid turut menikmati juadah tersebut di kantin sekolah.

     Selepas jamuan,para tetamu dan semua murid berkumpul di dewan sekolah. Suasana sayu menyelubungi dewan sekolah sejurus mendengar Guru Besar berucap buat kali terakhir.Pengawai Pelajaran Daerah menyampaikan sijil penghargaan kepada Guru Besar.Guru Besar turut menerima cenderahati daripada pihak sekolah.

      Semua murid beratur panjang di laluan keluar di kawasan sekolah.Guru Besar bersalam dengan semua murid dan para jemputan.Suasan semakin sayu apabila Guru Besar masuk ke keretanya sambil melambai-lambaikan tangannya sebelum meninggalkan kawasan sekolah.
amin.....
Sebahagian dari cikgu2...
Guru kelas saya......
Cuba teka...yang mana satu saya...ehehe
Azzam Idola Kecil 2 - bekas pelajar SKDT turut  di undang untuk membuat persembahan
tak dapat menahan kesedihan....

No comments: