Friday, February 25, 2011

A Terrible Fright

   Last night,I was walking home alone from tuition.I had to walk along a loney path.It was very dark and I felt very cool.
       Suddenly,I heard someone calling my name.I was scared.I walked faster.I could still hear someone calling my name.I began to run.I ran so fast that I stumbled and fell into drain.
       I began to cry loudly.Suddenly,I saw some shadowy figures.They began too talk.I could recognise the voices.They were my friends.They laughed loudly.I was so angry with them for frightening  me.

Wednesday, February 16, 2011

Lawak : Tukang Jam Pengsan




Pada suatu hari ada sorang lelaki tu tengah berlegar legar disebuah pekan. Dia jalan dari sebuah kedai kesebuah kedai yang lain. Rupanya tujuan dia nak cari kedai jam, kerana jam tangan dia rosak. Cari punya cari, akhirnya jumpa sebuah kedai jam. Maka bermula lah dailog;

Lelaki : "Apek, boleh repair saya punya jam?"
Apek : "Boleh, boleh"
Lelaki : "Tapi apek, saya mahu cepat pasal sudah dekat raya ni, hari ni boleh siap ke pek?"
Apek : "Mana boleh, esok angkat la"
Lelaki: "Tak boleh la pek, rumah saya jauh, mau datang sini pun banyak susah, tapi kalau apek boleh bagi cepat saya bayar upah double"
Apek : "Oklah! Nanti setengah jam lu mari"

Lelaki itu pun beredar, maka si apek pun cepat cepat repair jam tu. Dia pun mula bawak jam tu ke meja tempat dia memperbaiki jam yang rosak. Lampu meja pun dinyalakan. Screw driver yang kecil-kecil memang dah tersedia disitu. Apek pun tarik bangku nak duduk.

Kanta pembesar yang bulat diambil dan diletakkan dimata, dikepit antara pipi dan kening, mata lagi satu ditutup, dengan kanta mata ni, screw jam yang kecik2 pun nampak besar gajah......tiba-tiba, apek terasa nak kecing.

Dia pun berdiri dan terus lari kebilik air, pintu bilik air dibuka, penutup mangkuk tandas diangkat, zip seluar dibuka, anu nya dikeluarkan untuk dihalakan ke mangkuk tandas .......... dan apek pun pengsan didalam tandas, ramai orang kat pekan datang tolong apek angkat masuk dalam ambulan, hantar pegi hospital.
Selepas beberapa jam apek pun sedar. Doktor pun
tanya:

Doktor: "Macamana boleh pengsan apek"
Apek : " Masa saya dalam tandas, saya ada nampak itu naga ada tembak air pada saya, naga banyak besar"
''''Doktor: "Apek Apek, lain kali kalau mau kencing, itu kanta kat mata tanggalkan dulu".......

Sumber : ceritalucu

Tuesday, February 8, 2011

Majlis Persaraan Guru Besar Sekolah Saya

     Hari itu merupakan hari yang paling menyedihkan kerana Guru Besar di sekolah saya iaitu,Puan Zakinah binti Ismail akan bersara.Beliau telah banyak berjasa dalam memajukan sekolah.Beliau juga sangat dihormati oleh masyarakat setempat.

    Majlis Persaraan beliau telah dihadiri oleh semua guru Desa Tasik.Tuan Pengawai Pelajaran Daerah juga turut  meraikannya.Para jemputan ditempatkan di dataran yang berada di perkarangan sekolah.Selain itu,majlis tersebut turut dihadiri Jawatankuasa PIBG,dan ibu bapa murid.

     Tepat jam 9.00 pagi,ketibaan Guru Besar disambut dengan meriah.Semua guru mengiringi beliau ke dataran.Kemudian,beliau memeriksa pembarisan kehormat yang terdiri daripada Murid Tahap Dua yang lengkap berpakaian seragam unit beruniform. Beliau diringi oleh Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru.

     Kemudian,beliau dan semua jemputan menjamu selera dengan juadah yang disediakan.Sambil menjamu selera mereka dihiburkan dengan persembahan murid-murid sekolah yang berbakat.Juadah pada hari itu adalah nasi minyak,ayam masak merah,gulai daging dan acar timun.Murid-murid turut menikmati juadah tersebut di kantin sekolah.

     Selepas jamuan,para tetamu dan semua murid berkumpul di dewan sekolah. Suasana sayu menyelubungi dewan sekolah sejurus mendengar Guru Besar berucap buat kali terakhir.Pengawai Pelajaran Daerah menyampaikan sijil penghargaan kepada Guru Besar.Guru Besar turut menerima cenderahati daripada pihak sekolah.

      Semua murid beratur panjang di laluan keluar di kawasan sekolah.Guru Besar bersalam dengan semua murid dan para jemputan.Suasan semakin sayu apabila Guru Besar masuk ke keretanya sambil melambai-lambaikan tangannya sebelum meninggalkan kawasan sekolah.
amin.....
Sebahagian dari cikgu2...
Guru kelas saya......
Cuba teka...yang mana satu saya...ehehe
Azzam Idola Kecil 2 - bekas pelajar SKDT turut  di undang untuk membuat persembahan
tak dapat menahan kesedihan....

Thursday, February 3, 2011

CARA-CARA BERJAYA DALAM PELAJARAN



     Setiap murid ingin berjaya di dalam pelajaran. Murid yang berjaya di dalam akdemik akan mempunyai pekerjaan yang baik pada masa hadapan. Terdapat beberapa cara untuk berjaya dalam pelajaran.

     Jika ingin berjaya dalam pelajaran, murid mestilah mempunyai disiplin diri yang tinggi. Murid juga perlu ada jadual pembelajaran di rumah. Semasa di dalam kelas, beri sepenuh tumpuan kepadada pengajaran guru. Selain itu sikap suka bertanya juga penting dalam proses pembelajaran.

     Murid akan berjaya dalam pelajaran jika sentiasa mendapat sokongan daripada ibu bapa. Ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak dirumah. Bantulah anak-anak memahami pelajarannya dan pastikan mereka menyiapkan kerja sekolah. Selain itu ibu bapa juga digalakkan untuk memberi hadiah dan kata-kata perangsang pada setiap pencapaian anak-anak dalam pelajaran.

     Murid yang berjaya juga selalu mempunyai kawan yang baik. Hal ini kerana pengaruh rakan sebaya sangat besar kepada mereka. Pilihlah kawan yang inginkan kecemerlangan, bukannya kawan yang yang hanya inginkan keseronokan.

     Murid akan berjaya dalam pelajaran jika mempunyai cita-cita yang jelas. Cita-cita yang dipilih akan menjadi satu cabaran kepada mereka untuk mencapainya. Mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita tersebut. Selain itu, murid juga boleh menjadikan seseorang yang telah berjaya sebagai idola mereka.

     Sesungguhnya, terdapat beberapa cara untuk berjaya dalam pelajaran. Namun begitu, usaha dan kesungguhan perlu ada dalam diri murid jika mahu berjaya. Jangan mudah putus asa jika gagal, sebaliknya terus berusaha dengan gigih.